Tuesday, June 7, 2011

Kita hanya merancang...

My holiday ended just before it started. Tak rasa nak cerita pasal cuti sekolah yang langsung tak cuti ni. Ada cerita lain yang lebih berharga untuk dikongsi. Ok. Abaikan intro itu.

________________________________________________

Segalanya bermula seminggu selepas aku melahirkan Anas Nukman. Masa tu baru-baru balik dari hospital. iPod Touch tak lekang dari tanganku yang kebosanan dalam pantang. Suatu hari, aku menerima satu message dalam FB inbox dari seorang jejaka (handsome) bernama Nordin Ismail. Dia bertanya sama ada aku pernah bersekolah di SK Kg Rahmat. Lepas aku mengiyakannya, Nordin membalas dengan mesej berikut:


Kecik sgt la pulak bila masuk sini. Maybe tak nampak sgt msg tu, tapi cukup membuatkan aku rasa terharu dan amat dihargai. Ustaz ku mencari aku! Rupanya Nordin ni adalah anak kepada ustaz Ismail dan ustazah Zaharah, guru-guruku semasa di sekolah rendah dulu! Subhanallah... Kerinduan guru kepada anak muridnya dapat aku gambarkan, kerana aku yang baru 10 tahun menjadi guru ni pun selalu merindui murid2 yang dah lama tak berjumpa, ini kan pula yang dah 20 tahun tak jumpa!

Ustaz Ismail dan Ustazah Zaharah melihat aku membesar, sebab diorang mengajar aku sejak aku tahun 1 sampailah aku tahun 6. Bukan saja mengajar aku dan kakakku, malahan ustaz juga rapat dengan ibuku! Sebabnya, masa aku tahun 6, aku ada pegi bertanding Tahfiz Al Quran di Kemaman, ustaz yang mengiringiku dan masa tu mak pun ikut juga. Selain itu, ustaz memang byk mendidik aku untuk pelbagai pertandingan yang aku sertai. Memang kami agak rapat tapi pada masa tu aku kan masih budak-budak lagi... Tak sangka juga, ustaz masih ingat padaku, malah ustaz rupanya sungguh-sungguh minta Nordin mencariku. Masih segar di ingatan, ustaz yang berkereta Proton Saga warna biru laut, seorang pendidik yang berjiwa lembut, bercakap pun penuh kelembutan, tapi kata kawan-kawan SKKR, ustaz juga selalu tarik "sekbeng" (sideburn) budak2 lelaki! Hehehe...

Aku berhajat besar nak pegi melawat ustaz dan ustazah. Tambahan pula, ustazah Zaharah sekarang terlantar sakit. Tapi macam2 kekangan membuatkan hajat tu tertangguh sampailah 10 bulan! Dalam tempoh itu, aku jadi rapat dengan Nordin, dan awal tahun hari tu akhirnya terjumpa la dengan Nordin semasa kami mengiringi pelajar ke perkhemahan NGO di Kem Merbau Menyusut. Mendengarkan cerita Nordin akan keadaan ibu bapanya membuatkan keinginan untuk menziarah semakin berkobar-kobar. Tapi, tetap juga hajat itu bertangguh lagi memandangkan masa yang tak mengizinkan.

Akhirnya, pagi semalam, aku terdetik untuk mengajak kakakku menziarah ustaz ustazah. Kak G on je! So perancangan yang tidak dirancang tu akhirnya menjadi kenyataan. Aku call Nordin bertanyakan lokasi rumah. Kami terus siap-siap dan terus je bertolak ke Gong Badak.


Ammar demam dan asthma dah 3 hari sebenarnya, rindukan Abi nya yg dah lebih seminggu di Sabah. Tapi aku angkut jugala dia demam-demam pun!

Di rumah ustaz. These 3 boys share the same birthday! Cuma tahun je berbeza! Idris 1998, Ammar 2006, and Anas 2010. Idris ni my nephew, anak bongsu kak G.

Anak-anak terunaku dah nak sama besar! (kesian tengok muka Ammar tak larat!)

Dan inilah dia... Ustaz Ismail... Masih seperti dulu, tak berubah langsung! Masih bersemangat bercerita kisah-kisah masa aku kecik-kecik dulu. Kisah-kisah yg aku sendiri pun ingat-ingat lupa. Antaranya, kisah aku yg selalu jd penyelamat utk naik pentas buat persembahan bila guru besar mintak on the spot! Hahaha, gila microphone sungguh aku masa tu yek!

Aku gembira dpt juga aku mencium pipi ustazah... walaupun ustazah tidak mampu bersuara, aku tau yg ustazah faham dan masih kenal aku, aku nmpk reaksi di wajah ustazah, ada air mata yang menitis di pipinya, dan ada ketika aku nmpk senyumannya! Syukur Alhamdulillah aku dpt berjumpa semula dgn dua org pendidik yg byk berjasa kpd ku.

Melihat keadaan ustazah, membuatku terfikir, macammana pula keadaan aku suatu hari nanti? Doaku, semoga ustazah dpt sembuh semula seperti sediakala. Amin...

2 comments:

Syarafina Sabri said...

Terharu baca entri ni . :)

amiechomel said...

i yang melaluinya lebih lagi syahdunya... sama2 la kita insaf, life is full of twists and turns!

Related Posts with Thumbnails