Aleeya memang suka bagi hadiah yang berbentuk surat atau pun kad kepada sesiapa saja. Ammar antara yang selalu menerimanya. Ni kad "hari jadi" terbaru dari Aleeya untuk Ammar, walaupun birthday Ammar lambat lagi! Bulan Ogos nanti!

Minggu lepas, Aleeya bawak balik hadiah untuk Ammar. Hadiah berbentuk surat dan kad-kad buatan sendiri. Tapi bukan dari dia! Semuanya dari kawan-kawan Aleeya.

Ni antara kad-kad nya. Ada juga yang bagi hadiah lain macam soft toys tu. Kelakar... Kelakar...
Bila aku tanya, kenapa banyak sangat hadiah ni, rupanya Aleeya "menganjurkan" sambutan Hari Persahabatan Ammar. Kawan-kawan dia pulak cukup sporting, semuanya pakat buat kad dan surat untuk Ammar.

Ucapan kanak-kanak ni memang kelakar lah! Penuh dengan nilai murni.

Ni pun nasihat yang bernas ni.

Kreatif pulak tu.

Very sweet, siap ada lukisan Ultraman Tiga. Mesti Aleeya selalu cerita pasal Ammar kat kawan-kawan dia.
Aku tanya Aleeya, masa bila diorang buat semua kad-kad ni, dia jawab masa cikgu relief a.k.a cikgu ganti. Katanya cikgu tu pun teruja tengok diorang semua tekun buat kad-kad menggunakan buku tulis masing-masing. Hehehe... mesti cikgu tu pun seronok layan budak-budak kreatif ni!
p/s: aku dedikasikan coretan ke-300 ini untuk anak-anakku yang selalu menghiburkan (walaupun selalu jugak menggeramkan!)
6 comments:
uhu~ madam
sgt sweet~
yes, the kids are very sweet, if we adults spend some time to listen to them, there are so many things that we can learn!
"Hari Persahabatan Ammar"...tak terfikirpun..terror betul Aleeya, penuh imaginasi...hehe
wow, how sweet!
saya pun nok jd guru etep...
best la jadik ammar ;p
bertuah ammar ada kakak macam aleeya . =)
the cards are cute, im sure ammar will laugh very hard if he see these 10 years later...hehe~
p/s : 'Jangan lupa senbayang'...
well,kids...=.="
Post a Comment