Friday, March 4, 2011

28 jam!

28 jam? Well, memanglah kita ada 24 jam je dalam sehari. Tapi sebab nak kongsi kejadian yg bermula dari pukul 7 pagi Khamis sampai pukul 11 pagi Jumaat, maka jadilah 28 jam.

Khamis

7.00pg - gi sekolah macam biasa. Actually hari sebelum tu masa nak bangun pagi, ala-ala tergeliat belakang, sakit semacam. So terpaksa la ambik cuti hari Rabu tu (tapi tak cuti pun sebab still kena ngadap komputer.) Malam sebelum tu aku gi klinik. Doc bagi mc sampai Khamis tapi rasa macam aku tak akan guna mc tu, lagipun rasa macam boleh bertahan. So at school I was on Thursday morning.

8.30 pg - habis program Penghayatan Quran kat Dewan Gemilang. Pegi kantin, breakfast. Tapi tak berapa berselera. Sebab tekak mula rasa tak sedap. Nak demam kot?

9.00 pg - Lawatan dari Setiausaha Eksekutif Yayasan Sultan Iskandar Johor, diiringi pegawai-pegawai dari JPNT dan PPD Setiu serta PPD KT. Mereka datang untuk melihat sendiri dari dekat bagaimana program ETA dijalankan di LeBEST. Hari sebelumnya, mereka dah bermesyuarat di JPNT bersama PK Ko and Mentor ETA LeBEST, Qilah. So lawatan hari tu just nak tengok ETA in action. Kelas Elise tu dibuat di E-SAL Room, bilik yang aku sedang usahakan bersama English Language Society. Kiranya, itulah first time bilik tu dibuka kepada orang luar. Segan juga sebab banyak yang belum sedia, pintu almari tak boleh tutup, skirting macam apa je, bahan-bahan pun belum cukup lagi. Tapi diorang cuma nak tengok Elise buat aktiviti so kira ok lah.

Elise and Qilah mengajar homonyms hari tu, so Elise buat aktiviti tongue twister, then followed by a dialogue.

Habis kelas tu, Elise and En. Nordin berbincang sikit.

Mereka yang melawat.

10.30 pg - Pelawat dari Johor meninggalkan LeBEST. Aku join PK Ko masuk bilik mesyuarat, ada lawatan dari guru-guru pelatih IPG Sultan Mizan pulak. Masa aku masuk tu PK HEM tengah bagi taklimat. Habis taklimat, diorang pegi minum di kantin. Lepas tu mereka dibawa melawat bilik-bilik khas di LeBEST termasuklah bilik E-SAL. Sementara diorang minum, aku balik bilik guru, buat kerja sikit dengan Fatihah and Farah. Kerja untuk perasmian Bulan Bahasa Ahad ni.

11.30 pg - Aku pergi bilik E-SAL dengan Farah.

Kumpulan jejaka-jejaka IPG Sultan Mizan yang melawat bilik E-SAL

Lepas jejaka, gadis-gadis pulak yang datang. Ada 3 groups actually. Masa group kedua datang, aku tengah buat kelas dengan my form 3E6, so diorang datang tengok budak-budak tu buat aktiviti lah. Gambar tengok kat FB yek. Hehehe...

12.50 tghr - habis lawatan tu, cikgu-cikgu pelatih tu dibawa semula ke bilik mesyuarat untuk sesi soal jawab kalau ada apa-apa yang diorang masih nak tanya. Aku mintak izin untuk tak join, sebab ada kelas dengan my 5E1. Aku guru kelas 5E1 ni. So habis je kelas, alang-alang bawak kamera, diorang ajak ambik gambar satu kelas. Apa lagi, posing la atas tangga depan E-SAL tu.

Ye, ni jelah budak-budak kelas ni, 12 orang je. Kelas paling sikit tapi subject paling banyak. Diorang ambik 11 subjects, sebab diorang kelas aliran agama. Selain matapelajaran wajib (Bio, Fizik, Kimia, Add Math, etc), diorang ni juga ambik Bahasa Arab, Pend Al Quran dan Sunnah, dan Pen Syariah Islamiah.

2.10 ptg - Habis kelas, singgah makmal komputer. Tengok progress Bulletin STELLA yang tengah diusahakan oleh Sidang Redaksi LeBEST. Sempat la "menuntut" ilmu sikit dengan Cg Mulia yang tak penat layan soalan-soalan aku bab-bab teknologi ni. Hehehe...

3.10 ptg - Ya Allah, baru terperasan belum solat Zohor, so cepat-cepat solat. Lepas solat Zohor, tulis refleksi buku rekod mengajar. Kemas-kemas meja. Ikutkan hati nak siapkan kerja lain lagi, tapi sebab hubby tak leh ambik anak-anak hari tu (dia kena ref rugby Liga KTU pukul 3), so terpaksa la aku angkut kerja bawak balik rumah.

4.00 ptg -Patutnya dah ambik Aleeya, tapi terdengar dan ternampak pulak budak-budak Speech Choir tengah berlatih. Budak-budak ni jugak yang join Choral Speaking team aku 2 tahun lepas. Tahun ni aku cuma tolong sikit-sikit je sebab tak cukup tangan dah nak tolong banyak-banyak. Huhu. So, walaupun dah agak lewat nak ambik Aleeya (Aleeya habis kelas KAFA pukul 4), aku singgah kejap tengok diorang berlatih dengan Elise. Thanks a lot, Elise!

4.40 ptg - Lepas ambik Aleeya, Ammar and Anas, balik rumah. Layan anak-anak. Layan Aleeya melukis, layan cerita-cerita Ammar, layan Anas yang asyik nak bermanja je. Family time. Penat, tapi seronok layan budak-budak yang dahagakan kasih sayang aku and hubby ni.

7.15 mlm - Hubby balik dari padang. Rest kejap. Lepas tu baru kelam kabut kemas-kemas rumah sikit, basuh kain sikit, basuh pinggan, etc.

9.00 mlm - Keluar rumah, singgah beli roti canai kat Merang, then straight ke rumah mak.

9.50 mlm - Sampai rumah mak, tengok Kak Long sekeluarga pun baru sampai. Punyalah banyak makanan, so makan makan makan. Then barulah rasa penat sungguh-sungguh. Selsema pulak dah, so mintak Clarityne dari Kak Za, then minum Vitamin C. Bawak Anas masuk bilik and zzzzzz.....

Jumaat

6.30 pagi - MasyaAllah, patutnya 6.30 pagi dah bertolak ke Kem Merbau Menyusut, tapi 6.30 pagi baru terjaga! Mana taknya, malam tadi tak berapa nak lelap awal-awal tu sebab selsema. Pukul 4 pagi baru betul-betul terlelap. So kelam kabut la pagi tu, siapkan keperluan Anas, minum Milo panas, biskut 2 keping. Belakang masih lagi sakit, so hubby tolong hantarkan aku. Ada apa kat Merbau Menyusut? Well, ada perkhemahan NGO untuk bebudak Pengakap, PBSM, Puteri Islam and Pandu Puteri. Since tahun ni aku "kena" masuk PBSM, so kenala juga bertugas.

7.15 pg - bertolak ke Pusat Ko, Kem Merbau Menyusut. Sempat singgah pasar Kg Rahmat, beli kuih muih untuk diorang kat sana.

7.45 pg - sampai Pusat Ko, masuk je kawasan tu tetiba ternampak satu wajah yang saaaaaangat familiar. Ye, Ustaz Nordin! Nordin ni sebenarnya anak kepada ustaz dan ustazah aku masa sekolah rendah dulu. Kitorang "berkenalan" masa aku baru lepas bersalin Anas seminggu kot. Selama 6 bulan ni kitorang berkawan di Facebook je, tak pernah jumpa pun. Akhirnya pagi Jumaat tu jumpalah jugak. Ustaz Nordin ni kebetulannya jugak junior aku kat Kajang dulu, tapi tak kenal la sebab aku keluar sekolah tahun 95, dia masuk tahun 99.

Bak kata Nordin, dia jarang buat "muka comel" macam ni, selalunya muka control handsome je. Hehehe. Seronok kenal dia, sebab dia seorang guru yang bersemangat dan hebat, walaupun mengajar Sekolah Kurang Murid. Tahniah Din, keep up the good work. Dalam umur yang masih muda, dia dah nak dapat Master's Degree. Aku bila lagi? Hmm...

10.45 pagi - Kebetulan hari tu dah hari penutup. So aku cuma tengok-tengok budak-budak kemas-kemas barang, buka khemah, gadgets, etc. Lepas tu Majlis Penutup bermula. LeBEST menang Persembahan terbaik untuk malam kebudayaan, dan Naib Johan Kawad. Tahniah...

Ni lah wajah-wajah mereka yang bertungkus lumus di temani dua orang ustazah practical, Azalia and Azie. Tetiba aku teringat, kali terakhir aku pegi camping masa aku practical dulu la! More than 10 years ago. Tiap2 weekend pegi camping, sampaikan bila aku dah habis practical pun sekolah tu ajak aku join camping trip diorang lagi!

11.00 pagi - Hubby and kids datang ambik aku. Terus balik rumah, sebab petang tu hubby kena ref Liga Terengganu pulak di Kompleks Sukan Gong Badak. Actually, hubby dijemput ke KL untuk ref rugby Victoria Institution Open weekend ni, tapi... Tapi apa ek... Tapi... Kepentingan LeBEST mengatasi segalanya kot... Huhu... Sorry sangat-sangat hubby. Pengorbanan dia aku tak dapat balas. May Allah bless you. Amin.

Lepas tu ada banyak cerita lagi, tapi sebab aku janji nak cerita kisah 28 jam je, maka cerita seterusnya dalam entry lain pulak ye.

As salam!

1 comments:

mime92 said...

madam. muka ustaz nordin mcm FBI hot fm la.. eheheheh~~~

Related Posts with Thumbnails