Alhamdulillah... Semuanya berjalan seperti dirancang. Pagi ni, LeBEST dilawati Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, TYT Paul W.Jones, rakan sejawat beliau, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat TYT Dato' Sri Dr Jamaluddin Mohd Jarjis, pengerusi eksekutif MACEE, pegawai2 dari Kedutaan Amerika Syarikat, MACEE, SUK, JPNT, dan PPD. Kedatangan mereka adalah untuk melihat dengan lebih dekat program ETA or English Teaching Assistant di LeBEST.

Ketibaan rombongan disambut meriah oleh barisan pengurusan, guru-guru dan MPP. Banyak peristiwa menarik dan indah yang berlaku sepanjang lawatan tadi, tapi tak larat aku nak tulis kat sini, badan terlampau penat. Esok ada lagi program penting di sekolah. So sekadar nak masukkan 3 keping gambar ni kat sini, sekadar berkongsi kenangan manis dengan pembaca blog tersayang.

Antara aktiviti yang diorang buat tadi, masuk kelas form 1. It was fun! Budak-budak ni pun ok, mula-mula malu nak bercakap, bila His Excellency Mr Ambassador sgt2 peramah dan friendly, lama-lama diorang pun byk la bertanya itu-ini.
Malam tadi aku tidur pukul 1, print gambar-gambar untuk update English Panel bulletin board. Tak sia-sia, sebab Ambassador Jones sempat singgah tengok, kebetulan ada pulak muka dia masa Click!Camp yg bebudak LeBEST pergi October tahun lepas!

Thank you buat semua warga LeBEST yang sama-sama bertungkus lumus demi menjayakan program ni dan menaikkan nama baik sekolah. Tahniah semua!
Esok LeBEST dan BRaInS ada sambutan Maulidur Rasul, selepas lalalitamplom dengan hubby, dia menang (bawak kamera esok)! So esok aku ambik gambar pakai Blackberry jela nampaknya. Ni yang rasa nak ambik Canon 60D lak ni!
Ok lah, mungkin suatu hari nanti aku akan cerita lebih lanjut pasal lawatan ni. Buat masa ni, letih dan mengantuk mengatasi segalanya!
0 comments:
Post a Comment