Tuesday, February 9, 2010

My Best Friend's Wedding

Macam dalam mimpi bila melihat pasangan pengantin yang sama cantik sama padan ni melangkah penuh santun di atas karpet merah masuk ke dalam ballroom Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, KL.... Sesungguhnya hati rasa sebak, melihat kawan baikku Khairatul Afiza @ Pijot bergandingan dengan jejaka bernama Izharuddin @ Izhar ini. Yelah, kitorang (aku, Pijot, Haiza, Tuty) memang berkawan rapat dan tak dapat dipisahkan sejak form four lagi (1994). Lepas aku kahwin (aku paling tua kan, kenala kawin paling awal), Haiza and Tuty pulak kahwin. Kemudian kitorang bertiga dikurniakan masing-masing dua orang cahaya mata (Haiza baru tambah yg ketiga bulan lepas), tapi Pijot tetap jugak maintain status dia... Yelah, jodoh pertemuan sememangnya di tangan Allah SWT, kami pun tak pernah tanya Pijot dgn siapa dia berkawan, bila nak kahwin dsb. Nah, sekarang, alhamdulillah, Pijot dah join the club! Tahniah babe. I'm so happy for you!

Majlis akad nikah diadakan pada 23 January tapi aku tak dpt hadirlah majlis tu sbb ada program di sekolah. Tapi seperti yg aku dah janjikan dgn Pijot, akhirnya dapat juga aku dan hubby attend wedding reception on the 30th yg kebetulannya jatuh pada hari jadi hubby. Walaupun kitorang terpaksa ambik Cuti Rehat Khas sebab Terengganu kan kerja hari Ahad, demi Pijot aku rela. Nasib baik juga pengetua tak banyak soal, dan meluluskan permohonan cuti aku tu. Ok lah, jom kita bercerita sambil tengok gambar. Gambar-gambar ni dari dua kamera, kalau gambar yg blur2, tak berapa cantik tu, kamera aku la tu, kalau yg lawa tu kamera Adi. Sebenarnya banyak lagi gambar kat Adi, tapi biasala dia kan professional photographer, so busy la sikit, byk lagi gambar dia simpan. Ni gambar2 dari Adi ni aku songlap dari Facebook dia! Thanx Adi! Kalau korang nak belajar photography, boleh pegi blog Adi kat sini.

Tau tak, aku dan hubby adalah tetamu pertama yang masuk ballroom tu, usherers pun baru nak mula bertugas masa tu. Punyala excited kitorang! Hahaha... Masa ni pekerja2 hotel baru nak pasang2 lilin kat setiap meja.

Punyala banyak menu and semuanya sedap!

Ni lak hiasan kat setiap meja. Ada lilin gak dlm tu, tapi aku tak pandai nak ambik gambar cantik2 la...

Ni lak tiang2 berlilin yang menghiasi setiap sudut ballroom. Cantik kan?

Paling aku suka gift untuk guest ni, memang ekslusif. Mula-mula aku ingat nak buat tempat simpan brooch, tapi tak sampai hati lak, sebab terlalu cantik! Sudahnya aku display kat almari hiasan je!

Ni ukiran ais kat luar ballroom. Aku ambik gambar ni masa dah nak balik, so dah cair sikit dah. Kalau aku ambik masa mula-mula sampai mesti lagi cantik kan?

Cantik kan kek pengantin kat belakang tu? Aku tgh tunggu gambar pengantin potong kek dari Adi, tapi dia belum upload lagi, so tengoklah pengantin lama ni yek!

pelamin nan indah

serba putih...

Nilah dia Pak Abu, wedding planner yang terkenal tu. Pak Abu lah yang uruskan and rancang majlis Pijot ni. Memang world-class lah Pak Abu ni!

Majlis turut diserikan dengan kehadiran DYMM Tuanku Sultan dan Sultanah Pahang serta Menteri Besar Pahang. Kenapa Pahang? Sebab parents Pijot kan org Pahang, takkan nak jemput Sultan Brunei lak kan? (p/s first time tengok Sultanah depan2, she's so beautiful!!!!")

Ni lah kengkawanku yang excited nak bersalam dengan DYMM Tuanku, sanggup tu berdiri kat tepi karpet merah ni masa Tuanku nak berangkat pulang! Aku ngan Haiza je yg tak excited mcm diorang! Tapi lepas tu nyesal plak bila tengok gambar diorang bersalam dgn Tuanku tu! Again, dalam kamera Adi. Semua org tak sabar nak gambar2 tu!

Tema malam tu adalah "French Wedding", so sgt sesuailah pakaian pengantin kita ni. Pijot sgt cantik malam tu, rasa nak nangis tgk dia, dah la kurus giler! Jealoussss! Masa pengantin berarak masuk diiringi nyanyian merdu from a two-piece band (sgt sedap suara penyanyi tu!), kitorang rasa mcm dalam rancangan Nona pulak! Nak-nak majlis diacarakan oleh Ishak Nengah, a famous DJ from Klasik FM. Mmg macam rancangan TV!

Nilah dia geng-geng rapat 5 Uranus tahun 1995! Err, bukan semuanya, cuma 5 org je dlm gambar ni, yg lain tu pasangan masing2... Let me introduce them eh, yang berbaju melayu purple tu namanya Zainal Nazim @ Jenal, yg berjubah hitam tu his beloved wife, Linda. Diorang sedang menunggu kelahiran cahayamata pertama.... Yang belakang tu, wanita berbaju purple tu Atie & her husband Hanz (baju batik hijau). Sebelah Atie tu ntah sapa2 ntah, korang takkan kenal kot? Yang maintain slim molim kat depan tu sapa lagi kalau bukan Tuty & her husband Emran a.k.a Amir. Yg ayu berbaju kuning kat tengah-tengah tu lak Haiza lah sapa lagi... Sian Haiza sbb berdiri sorang2 kat situ, sebabnya Adi tukang ambik gambar!

Walaupun gambar ni agak blur (kamera aku, biasala), tapi aku sgt suka gambar ni. 4 sekawan bersama pengantin!

Nilah suami-suami kitorang. Amacam, handsome kan semuanya? Hehehe... Dari kiri Hanz (husband Atie), Naim (husband aku la, sapa lagi), Adi (husband Haiza), and Amir (husband Tuty). Masa ni Jenal dah balik, so kuranglah korum sorang... Dress code utk men malam tu ialah baju melayu, baju batik @ lounge suit, sbb ada DYMM Tuanku kan, of courselah ada banyak protokol. Suka tengok diorang ni smart2, sbb bukannya selalu kena menyemartkan diri mcm tu kan?

Tuty-Shu-Yanty, akauntan yang sangat komited dgn kerjanya. Tetap riuh dan kecoh sejak zaman sekolah sampailah sekarang! Really miss u babe!

Haiza Zain yang dalam pantang, baru lepas bersalin 24 hari, tapi sanggup menggagahkan diri demi best friend! Walaupun masih dalam hari, tetap cantik, tetap vogue gitu!

No comment

Pijot sungguh excited bila jumpa kitorang. Yelah, sepanjang majlis berlangsung, dia intai2 cari kitorang tapi tak nampak, yelah beribu jemputan, dgn nervous nyer, manala nak nampak kan? So bila VIP semua dah balik, barula kitorang serbu dia!

Kasut baru aku buat hal! Benci betul! Masa beli tu elok je, tapi masa D-Day, tetiba jadik longgar semacam, terpaksa la aku letak tisu! Hubby lak blh plak candid gambar ni! Aku lak blh plak pi upload kat sini! Hahaha!

Apa-apa pun, walaupun entry aku ni dah terlewat 2 minggu (biasala skrg ni takleh ngadap laptop lama2, pening!) tapi aku rasa mcm majlis tu baru lagi berlalu. Semoga kehidupan Pijot lepas ni semakin indah dan ceria seindah majlis perkahwinan dia! Ameen...

Thursday, January 21, 2010

Hope is the thing with feathers



Never in my life, I received a basketful of fresh red roses from anyone. So, this gift from my colleagues - the English Panel - came as a surprise! Thank you so much for the wonderful gift, dear friends. I felt so much appreciated. In my humble opinion, the news that I received a few days ago, didn't deserve so much attention, but then again, I'm thankful for whatever "rezeki" Allah has given me, insya-Allah it's a moral booster for me to work harder.

Wahai saudaraku, sahabat-sahabat, kenalan, anak-anak didik, doakan aku akan terus kekal sepertimana aku sebelum ini. Aku bekerja kerana Allah, demi menyara keluargaku, demi mendidik anak-anak Malaysia tercinta, jauhkan aku dari sifat-sifat mazmumah, kukuhkan pendirianku, tabahkan hatiku dalam mengharungi segala cabaran yang hampir pasti kulalui. Aku percaya, Allah tidak akan mengujiku seandainya aku tidak mampu menghadapinya... Layak atau tidak layak untuk aku memikul tanggungjawab besar itu, biarlah Allah yang menilainya kerana sesungguhnya, yang terbaik mampu kulakukan, mungkin masih banyak kekurangan di mata insan...

Aku hanya mampu berdoa dan berharap...

(Tersangat takut andai gagal memikul nama itu, tapi aku percaya ajal maut jodoh rezeki semuanya ditentukan Allah...)

Friday, January 15, 2010

Wind of change


Ada banyak yg boleh dikongsikan dengan korang semua tapi memandangkan keadaan kesihatan aku lately, tak berapa tahan nak mengadap laptop lama2, so kali ni aku cuma nak cerita pasal "Pindah".

First of all, my sister, Kak Long & family akhirnya dapat balik ke Terengganu after many years in Lundu, Kuching, Sarawak. Kak Long is a housewife & my bro-in-law Abg Ya kerja dgn FELDA. Dah banyak kali diorang pindah, masa kecik2 dulu sebelum mula kindergarten, aku pernah tinggal dgn Kak Long & Abg Ya kat Felda Kemahang, Tanah Merah, Kelantan. Pastu diorang pindah ke Felda Bukit Sagu, Kuantan, Pahang. Pastu balik Felda Mengkawang di Kuala Berang. Pastu balik Kuantan balik & akhirnya ke Felda Sempadi, Sarawak. So bila Abg Ya dapat pindah ke Felda Rantau Abang, Trg, berita tu kami sekeluarga sambut dgn perasaan syukur & penuh kegembiraan. Disebabkan Kak Long ialah CikLong & aku ialah Cik Su maka korang boleh bayangkanla jarak umur kitorang. Kdg2 aku rasa Kak Long tu mcm mak aku pulak, dah la muka Kak Long tu mmg klon mak pun! Hahaha! Anak2 Kak Long semua dah besar, Ilham & Pok Ngoh dah kerja dah. Ida tgh mencari2 kerja, dia baru grad UITM. Din masih study kat UMP, Pahang. Ikhwan lak tgh practical. Fizah tgh tunggu result SPM. Cuma tinggal Haziah & Wani sekolah rendah, Haziah ambik UPSR tahun ni. Harap2 diorang takde masalah nak adapt dgn sekolah kat Trg yg terkenal dgn kesibukannya ni. Diorang dok risau sbb tak pandai cakap Trg! Hahaha!

Aku mmg banyak kenangan indah dgn keluarga Kak Long. Sejak kecik2 tinggal dgn dia, aku ingat lagi Abg Ya & Kak Long lah yg pertama bawak aku tengok wayang, masa tu aku baru umur 5 thn kot, tgk movie "Ceritaku Ceritamu" lakonan Kak Ogy Ahmad Daud yg masih remaja lagi masa tu. Aku tak ingat cerita tu mcmn sebab aku tidur sepanjang tayangan! Kelakar je. Pernah jugak abg Ya & Kak Long "seludup" aku pegi Golok, pegi shopping kot, naik vespa ikut semak samun, aku berdiri je kat atas vespa tu. Kikiki...

Masa aku kat Labuan, kebetulan Din dapat masuk Kolej Matrikulasi Labuan, so jadilah Din anak aku setahun. Tahun tu jugaklah Ammar lahir. So, Din & hubby lah yg dok sediakan segala serunding pegaga untuk makanan aku dlm pantang. Masa lepas bersalin Ammar tu, malam raya tu aku start kena kayap kat atas kepala. Hubby & Din lah yg masak untuk raya sbb aku tak leh bangun, sakit! Kalau takde Din, susah juga hubby. Masa aku bersalin Ammar jugaklah, Kak Long datang dari Sarawak, jaga aku dari mula2 bersalin di Likas, Kota Kinabalu Sabah. Pastu ikut kitorang balik Labuan & jaga aku dlm pantang 2 minggu. Sepanjang pantang bersalin Ammar tu aku rasa bahagia sangat, sbb Kak Long betul2 jaga, maklumlah aku kan operate, mana leh gerak sgt. Pagi2 je aku akan terjaga bila rasa panas je kat kaki, Kak Long lah dok tungku aku. Masa bila dia bangun pun aku tak tau. Dah siap2 bagi makan aku, dia uruskan Ammar pulak. Best sgt2... So bila Kak Long dpt balik Trg tahun ni, akulah org yg paling happy, sbb Kak Long blh jaga aku bila bersalin nanti (lambat lagi tu...)... Alhamdulillah... Semoga kepulangan Kak Long sekeluarga membawa seribu rahmat buat kami sekeluarga...


Kak Long & anak bongsunya Hazwani

Ammar biasala, dah lama tak jumpa family Cik Long, malu2 la seposen. Sepanjang kat airport tu, mcm nilah dia, tak nak pandang org langsung! Memang pemalu mcm Umi dia.

Punyala banyak barang, yelah satu family kan... Brg yg naik kapal ntah bila sampai...


Kecik tak kecik anak2 sedara aku ni, satu bench tu blh muat 5 org duduk. Dari kiri: Hafizah (yg sgt melampau tinggi & kurusnya, ala2 model gitu!), Hazwani, Ikhwan, Haziah (klon Kak Long), & Hidayah (yg tgh mencari kerja)...


My bro-in-law, abg Ya aka Che Kadir. Sampai demam abg Ya, terpaksa packing barang sendiri nak cepat punya pasal.


Itu cerita pindah yg menyeronokkan aku.

*************************************

Ada juga cerita pindah yg membuatkan hatiku sayu, sebak & sedih... Tapi sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Aku redha...

Dlm beberapa hari lagi (agaknya), I have to say good bye to one of my best male friends at LeBEST. My bro, Shuk is leaving to Besut, just 10km away from his home. It's good for him & family, I know. Dah terlalu lama dia berulang alik 4okm dari Besut ke Setiu. Aku juga tahu dah banyak kali Shuk isi borang pindah, tapi baru kali ni permohonannya diluluskan. Ramai yg berat hati melepaskan Shuk pergi sbb dia antara aset berharga di LeBEST. Kepakarannya dlm bidang ICT mmg tak dpt disangkal lg, Shuk banyak terlibat dgn program2 JPNT, sampai kadang2 ada org yg tak faham dgn kesibukan dia. Tapi he has my respect, dia sabar dgn karenah manusia sekeliling. Tetap ceria & penuh dgn lawak2 jenaka.

Entahle, maybe I'm being too sensitive, tapi masa tulis ni pun I can feel tears starting to drop. He's one of the male teachers who understand me & my craziness. He knows that while I'm committed to my work, I am still "ME" inside. He knows that I still need "a life"! Nak kata aku dgn Shuk rapat sgt2 tu memanglah tak, sebab dia selalu dgn geng2 dia especially kembar siam dia CGMulia, sementara aku pulak sentiasalah sibuk dgn kerja2 aku ni. Tapi bila sesekali kitorang berbual, bercerita, bersms, sudah cukup membuatkan aku rasa kehilangan bila Shuk dah takde di LeBEST nanti. Yg paling aku tak lupa, kenangan semasa di US tahun 2008. Masa aku pegi Confratute tu, kitorang selalu je bersama, sbb kebanyakan strand yg aku attend mesti sama dgn dia. Cuma kelas Performing Arts jela aku sorang2. Masa kat US tu jugak, aku sibuk2 nak beli laptop, Shuk la yg temankan aku dgn Mas, meround cari kedai2 kat Harford, kat New York, tapi nasib tak baik, tak jumpa laptop yg sesuai dgn keinginanku. Untuk mengubat hati yg luka, kitorang sama2 beli iPod Touch. Mamat ni mmg "kaya" dgn electronic gadgets. Teringat pulak masa kat US tu, ada la sorang cikgu lelaki Omputeh ni, namanya David, dah tua dah David ni. Dia tanya aku "Is Shukiman a principal? Because he looks very rich, he can afford to have all those expensive gadgets!" Yela masa tu kan Shuk tak lepas dari laptop dia, dari kamera besar gedabak dia tu... Pastu masa kelas teknologi, byk benda yg Shuk tau, mamat2 & minah2 salleh tu pun tak tau! Hebat tak hebat mamat ni. Shuk juga seorang yg brilliant. Bila dia bercakap, bukan sebarang cakap. Dalam lawak jenaka dia tu, he's a very mature man, & one thing about him that I like, dia tak pernah memburuk2kan org. Kadang2 dia kutuk aku gak, tapi dia kutuk depan2 je, sambil2 melawak, so aku pun tak rasa nak ambik hati lah, unlike certain people yg lembut lidah dari gigi dpn kita tapi belakang kita, hmm...

Semalam, lepas majlis temu murni dgn ibu bapa pelajar Kumpulan Intan form 3, pengetua tanya aku, "mcmn ni, sapa nak ganti Shuk ni, sapa nak ngajar kelas2 dia ni..." Muka Hajjah risau betul. Hajjah cakap dia tak mampu nak halang Shuk pergi sbb itu kemahuan Shuk sendiri. Aku tak mampu nak jawab soalan Hjh, so I just smiled & tak cakap apa2...

Harapanku, semoga Shuk gembira di sekolah baru, dekat dgn keluarga, dgn isteri tersayang. I'll always remember U, bro. Keep in touch!


amiechomel's Teddy Gram

amiechomel's Fortune Cookie